RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN DIBAWAH NANUANGAN YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN NASI

RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN                       DIBAWAH NANUANGAN  YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN NASI

Monday, December 19, 2011

ANAK SYARIKAT RUMAH AMAL ANAK YATIM

PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA
K-LINK INTERNATIONAL SDN.BHD ( 496046-H)(AJL 931316).

Syarikat Rumah Amal Anak Yatim (RAAY) telah membuka sebuah Stockist (My No.421215045093) yang  terletak di Lot 873-A Jalan Banting Klang, Kampong Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan untuk produk Kesihatan Berasaskan Herba dan telah mula beroperasi pada awal Oktober 2011.

Produk kesihatan Berasaskan Herba K-LINK boleh membantu mengubati pelbagai jenis penyakit antaranya seperti Asma, Kolestrol, Katarak, Gangguan Penglihatan, Sakit Mata, Hipertensi/Darah tinggi, Kekejangan, Sakit Sendi/Radang sendi, Strok, Lemah Jantung, Tangan/Kaki Berpeluh, Paru-Paru, Sinusitis, Bronkitis, Reumatis, Lemak, Diabetis/Kencing Manis, Jerawat, Migrain, Eksima/Kurap, Osteoporosis/Tulang&gigi, Batu Karang Kecil, Buah Pinggang, Lemah Daya Ingatan, Stress, Sperma Kurang Subur, Sel Telur Wanita Kurang Subur, Prostat, Kencing Kotor, Tiroid, Haid tidak teratur, Hati, Setelah Bersalin, Setelah Pembedahan, keputihan, Menguatkan Otot Vagina, Luka Kecil, Luka Diabetis, Sembelit/susah buang air besar, Lemah/lesu, Buasir, Berat Badan, Darah Rendah, Gout, Anemia/Kurang Darah, Insomnia/Susah tidur, Cirit Birit, Denggi, Penyakit Kulit, Campak/cecair, Melecur & Demam kuning. 

Monday, March 21, 2011

PENGASAS

Idea untuk menubuhkan rumah amal kebajikan ini telah dipelopori oleh Dato'Hj.Ibrahim bin Osman. Beliau telah mengambil inisiatif untuk mengabungkan kedua-dua badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Pembangunan Insan Nasional(YPIN) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia(PKAYDEM) untuk bekerjasama mengerakan program serta kegiatan amar maaruf di dalam negara. Perkongsian pintar ini telah berjaya mengujudkan sebuah rumah amal kebajikan yang bernama ''Rumah Amal Anak Yatim YPIN'' pada Sept. 2007.
Rumah Amal Anak Yatim YPIN di dirikan di Lot 873-A, Kampong Sungai Manggis, Jalan Banting Klang, Banting, Selangor Darul Ehsan. Seramai 47 orang anak-anak yatim menjadi penghuni tetap di rumah ini. Anak-anak yatim ini telah diserahkan kepada pihak Yayasan oleh ibu-bapa mereka agar kehidupan dan pendidikan anak-anak mereka lebih terjamin di masa akan datang.
Atas kesedaran betapa perlunya setiap anggota masyarakat di negara ini agar tidak ketinggalan dalam arus Pembangunan kemajuan pendidikan yang semakin pesat terutamanya menjelang alaf baru, maka Yayasan turut berkongsi bersama-sama segenap masyarakat bagi membantu mencapai impian dalam merangka program yang menjurus ke arah pembentukan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.
Bagi menampung kos perbelanjaan dan keperluan rumah anak-anak yatim ini, Yayasan Pembangunan Insan Nasional telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program bagi membantu mencari dana dan mengisi tabung kebajikan.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan impian agar Rumah Amal Anak Yatim YPIN ini agar dapat terus berfungsi , kami berharap sokongan dan kerjasama dari semua pihak-pihak yang terlibat secara khusus atau amnya dapat diberikan. Semoga dengan adanya rumah ini, nasib anak-anak yatim akan terus terbela…..

Thursday, March 10, 2011

Latar Belakang, Visi, Misi, Perkembangan & Harapan
Rumah amal anak yatim YPIN, Sungai Manggis, Banting mempunyai seramai 47 orang yang berdaftar di kalangan anak yatim, miskin dhaif serta bermasalah keluarga. Rumah amal ini telah dimulakan pada tahun 2007 dah telah masuk ke tahun lima operasinya. Pada ketika ini, premis bangunan sedia ada tidak dapat menampung keseluruhan mereka yang berdaftar ini. Hanya 40 orang sahaja yang dapat menghuni di dalam bangunan asrama yang disediakan manakala bakinya tinggal bersama keluarga-keluarga angkat yang terpilih di sekitar rumah amal.Di dalam masa yang sama, terdapat senarai panjang pemohon untuk berdaftar dengan rumah amal yang tidak di penuhi buat masa ini.


VISI:-
Rumah amal Anak Yatim YPIN atau dikenali sebagai RAAY menjadi rumah gentian kepada anak-anak di bawah jagaannya. Penjagaan di sini bermaksud menjana perkembangan anak-anak penghuni RAAY kearah menjadi anak yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan, fizikal dan spiritual. Di samping itu, Raay juga berhasrat ingin melahirkan sumber daya yang boleh menjadi contoh (role model) kepada segenap kalangan anak-anak yatim dan dhaif di seluruh Negara.

MISI:-
1. Mengurus kebajikan dan bantuan kepada anak-anak yatim , dhaif dan bermasalah keluarga
disamping menyediakan keperluan tempat tinggal serta makan minum.

2. Memberi peluang kepada setiap penghuni mendapat pendidikan danilmu sebagai pemangkin
kepada sumber tenaga yang berilmu dan berketerampilan.

3. Member didikan khusus terutamanya ilmu agama bagi memastikan generasi yang dilahirkan
oleh RAAY mempunyai akhlak dan pekerti mulia.

4. Memegang dan melaksanakan amanah terutamanya didalam pengurusan harta benda penghuni RAAY serta dana kebajikan yang disalurkan untuk kepentingan pembangunan fizikal dan perkembangan serta memanrapkan jati diri seluruh penghuni dan anak-anak di bawah asuhan
RAAY.


PERKEMBANGAN:-
1. Pembangunan Potensi penghuni RAAY:
Pembangunan potensi penghuni RAAY menjadi agenda terpenting dalam merealisasikan visi RAAY. Untuk maksud tersebut, satu bentuk kurikulum telah dirangka menggunakan pendekatan modular bagi tujuan meletakkan sasaran pencapaian yang boleh dinilai dan diukur secara berperingkat. Membangun anak yatim bukan sahaja dalam bentuk kebendaan dan prasarana atau apa yang dipanggil sebagai 'kosmetik' semata-mata. Tetapi 'jiwa' anak yatim ini sangat perlu untuk dibangunkan agar kekuatan diri dan mentaliti mereka ini mampu mengubah diri yang bergenerasi dalam meneruskan kehidupan.Membangun insan bukanlah satu perkara yang mudah bahkan menjadi cabaran bagi RAAY untuk memastikan ia benar-benar dilaksanakan. Modal Insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. pelbagai program, bantuan dan aktiviti harus dilaksanakan bagi membentuk jati diri penghuni RAAY dan generasi
mereka termasuklah siri-siri kursus, kem-kem motivasi serta program-program akademik dan keagamaan.
Untuk itu pengurusan Rumah Amal Anak-Anak Yatim YPIN ( RAAY ) telah menyediakan modul yang tersusun meliputi modul pengurusan, modul pembelajaran dan latihan untuk semua penghuni rumah anak yatim. Modul yang di bangunkan meliputi:-
A. Pembangunan Insan Bersepadu
B. Pembangunan Akademik
C. Pembangunan Sosial
D. Fengurusan Bersepadu

Pelaksanaan modul dibuat sesuai dengan jadual harian penghuni RAAY dan anak-anak
yatim yang berdaftar dengan RAAY tetapi menetap di rumah keluarga atau penjaga.
Aktiviti dan kegiatan yang dilaksanakan bersifat dalaman dan luaran sesuai dengan jenis
aktiviti yang akan dilakukan. Pengendalian modul dibuat oleh :
a) Staf dan kakitangan RAAY
b) Tenaga pengajar dari kalangan guru-guru akademik.
c) Guru agama serta
d) Pakar perunding yang diundang khas ( bergantung kepada penajaan ).

2. Pembangunan Prasarana dan Fizikal RAAY:
Justeru, pihak pengurusan rumah amal telah memulakan aktiviti pembangunan bagi
memenuhi keperluan fizikal yang diperlukan. Bangunan sedia ada hanya menyediakan
beberapa buah bilik kecil untuk ruangan tidur, ruang dapur, bilik pejabat serta ruang
beranda terbuka yang digunakan untuk belajar dan aktiviti harian. Premis sedia ada ini
membataskan aktiviti penghuni terutama untuk mendapat keselesaan sewaktu belajar dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka yang lain.

Projek pembangunan Musolla yang bernilai RM 80,000.00 telah berjaya dibangunkan
dan siap untuk digunakan mulai bulan Mac 2009. Usaha menambah bangunan untuk pelbagai kegunaan seperti asrama, dewan makan, dewan belajar, bilik komputer, bilik pejabat dan stor telah dimulakan sejak awal tahun 2009 dan hasilnya sebidang tanah seluas 7000 kaki persegi telah Berjaya dimiliki melalui bantuan beberapa pihak.walaupun saiz tanah amat kecil berbanding dengan keperluan yang banyak, pihak pengurusan akan berusaha untuk memastikan reka bentuk dan penggunaan tanah akan dibuat secara optima dan mencapai matlamat untuk penyediaan prasarana yang baik dan cukup untuk semua penghuni.
Bagi menjayakan tujuan ini, pengurusan rumah amal telah merangka satu system waqaf di dalam usaha untuk menjana dana dan kewangan bagi pembangunan premis ini. Keseluruhan pembangunan akan mangambil masa 14-18 bulan untuk dibangunkan. Bergantung kepada kemampuan kewangan, tempoh ini mungkin akan menjadi lebih panjang seandainya dana yang tidak dapat dibuat dengan cepat akan menjadi lebih panjang seandainya dana yang dijana tidak dapat dibuat dengan cepat dan mencukupi.perlaksanaan projek pembangunan ini akan dibuat di dalam beberapa frasa seperti berikut:-

FASA        PERLAKSANAAN
Pertama    -Pembelian tanah untuk pembangunan
Kedua      -Permohonan dan kelulusan
Ketiga      -Kerja Tanah
Keempat  -Pembangunan Struktur
Kelima     -Kerja-kerja Pembangunan
Keenam   -Serahan


HARAPAN:-
Pengurusan RAAY amat berharap agar perancangan yang dirangka akan mendapat dilaksanakan dan mencapai kepada sasaran. Justeru mekanisma sokongan dari masa terutamanya individu serta organisasi dan korporat yang perihatin dalam membantu menyalurkan bantuan dana serta daya terutamanya skill serta kemahiran tertentu untuk menjayakan dua program tunggak ini. Plan pembangunan sumber daya RAAY akan dilaksanakan secara berterusan melalui program-program motivasi, ‘Team Building’ ,kemahiran komunikasi dan interpersonal, program kemahiran belajar, kemahiran menjawab peperiksaan, kemahiran teknikal dan lain-lain. Plan pembangunan prasarana dan fizikal haruslah dilaksanakan secara selari untuk memberi suasana yang lebih konduktif kepada penghuni bagi mencapai matlamat melahirkan anak-anak RAAY yang berkualiti serta progresif. Justeru Komitmen kewangan sekitar RM900,000.00 di perlukan pada tahun 2011 bagi menjayakan kedua-dua plan pembangunan ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:-

(Dato'Hj.Ibrahim Bin Osman)
Lembaga Pengelola dan Pengurusan
Rumah Amal anak Yatim YPIN,
Sungai Manggis,
42700 Banting, selangor Darul Ehsan

Pejabat:- 03-31803672/016-6874646
Email :-Ibrahim.osman67@gmail.com

Sumbangan yang dihulurkan hendaklah dibuat dengan bayaran cek berpalang atas nama “ PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL EHSAN MALAYSIA atau PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM D.E.M ”
No. Akaun BANK CIMB 12022892464056.

Segala sumbangan kepada ''Rumah Amal Anak Yatim YPIN'' (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia) (PKAYDEM), diberi perlepasan cukai.

''Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6)''
Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6536







KELULUSAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6)
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 (ACP)